BUNGA MATAHARI (Sunflower)
Hari
ini aku memulakan hobi baru. Hobi baru kita ialah bercucuk tanam.
Sebelum ni tak tak pernah pula terlintas nak bertanam ni, minat?
langsung x minat hehe. Tapi semenjak 2 menjak ni tetiba pula timbul
minat tanam bunga. Agaknya usia dah meningkat dah macam mak2 haha. Bila
surfing tenet selalu jer klik2 web bertani ni. Lama2 teringin pula nak
try. Try test power samada aku boleh ke tak ni bercucuk tanam heh..
Tanpa berbekalkan
apa2 pengetahuan dalam bidang bercucuk tanam, aku just belajar dari Mr.
Google. Cara menyemai dan sebagainya. Jadi pastukan aku bermula dengan
menanam bunga. Dulu tak suka bunga. Tapi bila pergi ronda2 nampak bunga
tepi jalan yang DBKU tanam cantik2 belaka dengan warna warni yang amat
mententramkan jiwa. Bila memandangnya hati terasa tenang cehh... Pastu
masa aku balik kampung, aku jumpa pokok bunga matahari yang dah kering
kat tepi jalan. Banyaknya bunga matahari. Selama ni tak perasan pula.
Katsitu tak de rumah orang siapa la punya erk. So aku petik sekuntum
bunga yang dah kering. Balik rumah aku trus bukak google dan belajar
tentang sunflower.
Ok here we go ...
aku semaikan benih tu...Hari ni ku semai, besok dah bercambah... wow!
bestnyerr.. Ana boleh..! hihi. Ini lah perasaan bagi orang yang tak
pernah menyemai biji benih dan kali pertama menyemai benih menjadi macam
aku hihi. Alright, tak tahu lagi macam mana perjalanan hidup bunga
matahari aku. Sempatkah Sunflower ku berbunga nanti? Atau mati tak
sempat nak tinggi huh.. Jadi pastikan anda terus mengikuti perjalanan
hidup beliau.♥
Jenis sunflower yang aku tanam ni yang macam ni. Jenis satu pokok banyak kuntum.
Ini bukan sunflower aku. Gambar dari google. Nanti aku update aku punya ok..
BUNGA MATAHARI (Sunflower) part II
Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian, sepertimana yang dijanjikan post kali ni adalah sambungan kepada post diatas. Memandangkan kawasan rumah kita tak ada tanah lapang so terpaksa lah
kita tanam dalam pasu. Sedih betul. Beli tanah yang dah siap dicampur
dengan tahi ayam tu RM2 1 guni. Aku tak tahu mana tanah yang sesuai,
jenis tanah pun tak kenal. Almaklumlah orang baru belajar bertanam.
Pastu taukei kat kedai tu kata tanah yang kuning ni bagus , sesuai untuk
semua jenis tanaman. So sembat je la hihi...
Inilah bunga-bunga matahari yang ku tanam dalam pasu ...
Dah habis pasu besar, pakai pasu kecik. Dah habis pasu kecik, pakai baldi ... Hantam sajalah labu...!
Tempat
yang aku letak diaorang ni, betul-betul menghala matahari terbit. Dari
pembacaan aku 'pempuan' ni suka bermandi-manda dengan cahaya panas.
Omputih kot...ekekek. Tapi betul lah seolah-olah she's begging for sunlight
Pandanglah lihatlah .... tiru macam saya ...
Ok, abaikan benda biru kat belakang tu.
Haa..ni
lah yang aku frust sangat. Ini pun sama bunga matahari. Aku start tanam
sama dengan Sunflower yang aku tanam dalam pasu tadi. Tapi yang aku tak
faham dan mati akal, apasal pula diaorang ni tak boleh hidup macam yang
kat dalam pasu tadi. Tanah yang aku pakai sama jer. Dari segi penjagaan
pun sama macam aku jaga yang kat dalam pasu tu. Aku tak pilih kasih
pun. Puas aku merawat diaorang, buang daun mati, baja dan siram, gitu
jugak rupanya. Macam hidup segan mati tak mau. Entah-entah bunga ni
nyindir aku kot..! huhu.
Hisyh...
sakit hati aku nengok diaorang ni...! Dah dua kali aku nak buang, tapi
sayang tangan tak sampai. Agaknya bunga ni tak suka duk dalam polibeg
kot..! Baiklah aku bagi masa kat diaorang sampai hujung bulan ni. Kalau
masih juga macam tu, I'm sorry... Good bye, R.I.P... sayonara.
Baiklah sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian... Kita kongsikan video kat bawah ni buat awak semua.
Video by KAHO
Tatkala menyaksikan video ni, tiba-tiba rasa sedih la pulak. Tak tau kenapa. Pilu kot ... Yang indah itu hanya sementara ...
Alright, apa-apa pun menanam ni best. Nantikan kemunculan part III. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Warna Bahgia. Nampaknya sampai disini saja post kali ini. Selamat Malam dan jumpa lagi. Bye♥
BELI DAN TANAM
Salam
dan selamat berkunjung ke blog Warna Bahgia. Hari tu ( tak ingat bila )
aku dan suami pergi jalan-jalan kat supermarket. Masa merayau-rayau,
terjumpalah pula benih-benih bunga. Kalau nengok gambar bunga dekat
paket benih bunga tu, amboi cantiknya. Rasa nak beli jer. Memang dah
beli pun hehe. Beli dan tanam. Tapi bila dah ditanam tak banyak yang
tumbuh. Ada yang tumbuh banyak masa disemai tu, tak lama lepas tu mati.
Hehh..nasib...nasib...
Ni lah benih-benih bunga yang aku beli ...
BUNGA KEKWA (Crysanthemum)
Warna
Bahgia ucapkan salam kepada semua. Post kali ini tentang Bunga Kekwa.
Ini bunga kekwa yang aku beli kat pasar minggu hujung bulan April 2013.
Kali ni tak payah tanam, cuma beli dan siram jerr hehe. Selain pokok
kekwa ada juga pokok bunga lain yang aku beli. Jom layan ...
Masa
aku beli bunganya yang mekar cuma sekuntum jer. Sekarang dah banyak
yang mekar... Aku masih tercari-cari kat mana benih bunga ni.
Belek-belek dekat kuntum tu macam tak ada pun. Ingatkan nak kumpul
benih, boleh la try tanam sendiri.
Yang
ini pula bunga ros jepun yang aku beli kat tempat yang sama. Yang
campur warna oren, double pink dan merah. Masa aku beli batangnya cuma
sedikit dan betul-betul jarang. Masa tu dah ada bunga. Aku tak puas hati
nengok batangnya tak sekata dan hodoh. Apalagi aku pun cantaslah sampai
pendek hahahah....Rasain loe..! Puas hati aku. Kalau bab-bab main
gunting ni memang cekap. Lepas je 3 hari aku tekejut tengok pokok ni dah
lebat macam ni. Batangnya membiak dengan banyak. Gugusan bunga pun
makin bertambah.
Dari
pengalaman aku bunga ni memang senang nak jaga. Tahan panas. Tapi
sayang bunganya mekar waktu pagi sahaja pastu gugur. Kemudian dengan
cepat dia berbunga lagi untuk mekar pagi besok pula dan begitulah
seterusnya. Tiap-tiap hari bunganya sentiasa ada. Yang aku punya ni
jarang bersiram. Baja baru sekali letak. Dulu tak pernah berbaja. Tengah
tunggu beliau mengeluarkan bunga baru.
Gambar dibawah ni pula yang tengah mekar berwarna-warni bunganya dari Google. Meriah sungguh warnanya. Jom layan gambar.
Selain dijadikan tanaman gantung, boleh juga dibuat border♥
Sy minat tanambunga2 mcm ni. Tp x pnh hidup lama. Baik yg beli, ataupn semai sendiri. Smpaikan adik kata, tak payah la tanam2 lg. Menyiksa pokok2 je . Padahal sy jaga baik2.. hmm :(
ReplyDeleteSama le kite.....
DeleteJadi, saya cuba dgn pokk bunga yg senang hidup mcm pokk bunga ros jepun. Arwah mak saya kata kena rajin bercakap dgn pokk bunga.....saya praktikkan, alhamdulillah....pokk2 bunga tu subur. Nak kena rajin cari info ttg penjagaan pokk. Kalau beli kat nursery, ringan2kan mulut bertanya dgn penjual bunga tu. Gook luck!
Salam. Maaf tumpang blog. Sy ada menjual keratan bunga rose jepun dan mulberry melalui pod laju. RM2 20 keratan bunga rose jepun dan RM10 bg 10 keratan mulberry. Kalau berminat boleh add id wechat sy epol-9444 atau whatapp sy di 0148414659 atau sms atau email sy di shaifful870917@gmail.com
ReplyDeleteThat's interesting, you have done a great job. Thanks for sharing.
ReplyDeletenon destructive testing malaysia
unfired pressure vessel inspection
Alhamdulillah, tanaman yang saya tanam dah mula tumbuh walaupun tanpa baja. Tapi Sye terus tanam kat tanah luas. Dengan biji benih sunflower. Skrng ni dalam tempoh nak berkembang. Nak tnye bila ye usia pokok sunflower mula tumbuh besar?
ReplyDelete