Assalammualaikum
sahabat-sahabat sekalian, sepertimana yang dijanjikan post kali ni
adalah sambungan kepada post diatas. Memandangkan kawasan rumah kita tak
ada tanah lapang so terpaksa lah
kita tanam dalam pasu. Sedih betul. Beli tanah yang dah siap dicampur
dengan tahi ayam tu RM2 1 guni. Aku tak tahu mana tanah yang sesuai,
jenis tanah pun tak kenal. Almaklumlah orang baru belajar bertanam.
Pastu taukei kat kedai tu kata tanah yang kuning ni bagus , sesuai untuk
semua jenis tanaman. So sembat je la hihi...
Inilah bunga-bunga matahari yang ku tanam dalam pasu ...
Dah habis pasu besar, pakai pasu kecik. Dah habis pasu kecik, pakai baldi ... Hantam sajalah labu...!
Tempat
yang aku letak diaorang ni, betul-betul menghala matahari terbit. Dari
pembacaan aku 'pempuan' ni suka bermandi-manda dengan cahaya panas.
Omputih kot...ekekek. Tapi betul lah seolah-olah she's begging for sunlight
Pandanglah lihatlah .... tiru macam saya ...
Ok, abaikan benda biru kat belakang tu.
Haa..ni
lah yang aku frust sangat. Ini pun sama bunga matahari. Aku start tanam
sama dengan Sunflower yang aku tanam dalam pasu tadi. Tapi yang aku tak
faham dan mati akal, apasal pula diaorang ni tak boleh hidup macam yang
kat dalam pasu tadi. Tanah yang aku pakai sama jer. Dari segi penjagaan
pun sama macam aku jaga yang kat dalam pasu tu. Aku tak pilih kasih
pun. Puas aku merawat diaorang, buang daun mati, baja dan siram, gitu
jugak rupanya. Macam hidup segan mati tak mau. Entah-entah bunga ni
nyindir aku kot..! huhu.
Hisyh...
sakit hati aku nengok diaorang ni...! Dah dua kali aku nak buang, tapi
sayang tangan tak sampai. Agaknya bunga ni tak suka duk dalam polibeg
kot..! Baiklah aku bagi masa kat diaorang sampai hujung bulan ni. Kalau
masih juga macam tu, I'm sorry... Good bye, R.I.P... sayonara.
Baiklah sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian... Kita kongsikan video kat bawah ni buat awak semua.
Video by KAHO
Tatkala menyaksikan video ni, tiba-tiba rasa sedih la pulak. Tak tau kenapa. Pilu kot ... Yang indah itu hanya sementara ...
Alright, apa-apa pun menanam ni best. Nantikan kemunculan part III. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Warna Bahgia. Nampaknya sampai disini saja post kali ini. Selamat Malam dan jumpa lagi. Bye♥
No comments:
Post a Comment