Warna Bahgia ucapkan salam kepada semua. Post kali ini tentang Bunga Kekwa. Ini bunga kekwa yang aku beli kat pasar minggu hujung bulan April 2013. Kali ni tak payah tanam, cuma beli dan siram jerr hehe. Selain pokok kekwa ada juga pokok bunga lain yang aku beli. Jom layan ...
Masa aku beli bunganya yang mekar cuma sekuntum jer. Sekarang dah banyak yang mekar... Aku masih tercari-cari kat mana benih bunga ni. Belek-belek dekat kuntum tu macam tak ada pun. Ingatkan nak kumpul benih, boleh la try tanam sendiri.
Yang ini pula bunga ros jepun yang aku beli kat tempat yang sama. Yang campur warna oren, double pink dan merah. Masa aku beli batangnya cuma sedikit dan betul-betul jarang. Masa tu dah ada bunga. Aku tak puas hati nengok batangnya tak sekata dan hodoh. Apalagi aku pun cantaslah sampai pendek hahahah....Rasain loe..! Puas hati aku. Kalau bab-bab main gunting ni memang cekap. Lepas je 3 hari aku tekejut tengok pokok ni dah lebat macam ni. Batangnya membiak dengan banyak. Gugusan bunga pun makin bertambah.
Dari pengalaman aku bunga ni memang senang nak jaga. Tahan panas. Tapi sayang bunganya mekar waktu pagi sahaja pastu gugur. Kemudian dengan cepat dia berbunga lagi untuk mekar pagi besok pula dan begitulah seterusnya. Tiap-tiap hari bunganya sentiasa ada. Yang aku punya ni jarang bersiram. Baja baru sekali letak. Dulu tak pernah berbaja. Tengah tunggu beliau mengeluarkan bunga baru.
Gambar dibawah ni pula yang tengah mekar berwarna-warni bunganya dari Google. Meriah sungguh warnanya. Jom layan gambar.
Selain dijadikan tanaman gantung, boleh juga dibuat border♥
No comments:
Post a Comment