Saturday 25 May 2013

BUNGA KEKWA (Crysanthemum)



Warna Bahgia ucapkan salam kepada semua. Post kali ini tentang Bunga Kekwa. Ini bunga kekwa yang aku beli kat pasar minggu hujung bulan April 2013. Kali ni tak payah tanam, cuma beli dan siram jerr hehe. Selain pokok kekwa ada juga pokok bunga lain yang aku beli. Jom layan ...





Masa aku beli bunganya yang mekar cuma sekuntum jer. Sekarang dah banyak yang mekar... Aku masih tercari-cari kat mana benih bunga ni. Belek-belek dekat kuntum tu macam tak ada pun. Ingatkan nak kumpul benih, boleh la try tanam sendiri.






Yang ini pula bunga ros jepun yang aku beli kat tempat yang sama. Yang campur warna oren, double pink dan merah. Masa aku beli batangnya cuma sedikit dan betul-betul jarang. Masa tu dah ada bunga. Aku tak puas hati nengok batangnya tak sekata dan hodoh. Apalagi aku pun cantaslah sampai pendek hahahah....Rasain loe..! Puas hati aku. Kalau bab-bab main gunting ni memang cekap. Lepas je 3 hari aku tekejut tengok pokok ni dah lebat macam ni. Batangnya membiak dengan banyak. Gugusan bunga pun makin bertambah. 

Dari pengalaman aku bunga ni memang senang nak jaga. Tahan panas. Tapi sayang bunganya mekar waktu pagi sahaja pastu gugur. Kemudian dengan cepat dia berbunga lagi untuk mekar pagi besok pula dan begitulah seterusnya. Tiap-tiap hari bunganya sentiasa ada. Yang aku punya ni jarang bersiram. Baja baru sekali letak. Dulu tak pernah berbaja. Tengah tunggu beliau mengeluarkan bunga baru. 

Gambar dibawah ni pula yang tengah mekar berwarna-warni bunganya dari Google. Meriah sungguh warnanya. Jom layan gambar.


Selain dijadikan tanaman gantung, boleh juga dibuat border

BELI DAN TANAM

Salam dan selamat berkunjung ke blog Warna Bahgia. Hari tu ( tak ingat bila ) aku dan suami pergi jalan-jalan kat supermarket. Masa merayau-rayau, terjumpalah pula benih-benih bunga. Kalau nengok gambar bunga dekat paket benih bunga tu, amboi cantiknya. Rasa nak beli jer. Memang dah beli pun hehe. Beli dan tanam. Tapi bila dah ditanam tak banyak yang tumbuh. Ada yang tumbuh banyak masa disemai tu, tak lama lepas tu mati. Hehh..nasib...nasib...

Ni lah benih-benih bunga yang aku beli ...














KITAR SEMULA BARANGAN JEANS/DENIM LAMA

Assalammualaikum w.b.t kepada semua para pembaca sekalian. Hari ini aku buat kerja mengemas almari baju yang dah penuh dan dah tak muat nak sumbat baju baru. So, kemas punya kemas aku jumpa banyak betul seluar jeans hubby aku yang lama-lama, yang dah sempit dan tak boleh nak pakai.

Mula-mula tu nak buang dan bakar jerr sebab menyemak sangat. Hisyhh... pening pale aku tengok, dah tak tahu nak letak kat mane. Bakor je la... hahaha. Jom kita bakar..! Tapi bila masa nak bakar tu rasa sayang la pulak. Look at that kain jean yang cantik dan tahan lasak. Maka tak jadi lah aku nak pi bakar. Aku simpan dulu kain tu. Tengah fikir apa aku nak buat dengan kain jean tu.

Ok pada ketika tu aku cuma ada mesin jahit kaki Butterfly yang bunyi macam enjin bot tu je, sedikit benang and gunting haha. Ok pastu aku on tenet. My my.... aku jumpa banyak idea kraft kain jean/denim. Antaranya buat beg, skirt, sarung bantal hiasan, kasut boot, dan macam-macam lagi. Tapi aku bukanlah reti sangat nak menjahit ni. Well, macam biasa test power. 

Baiklah sebelum tu mari kita layan sebentar gambar-gambar ni. Agaknya yang mana satu aku nak try buat...



Skirt
Skirt kanak-kanak
Handbag


Handbag santek lagi !
dan lagi ...
Apron


lagi ! letak dalam kereta pun best ni
dan lagi ...

dan banyak lagi la benda yang boleh dibuat dengan recycle jeans ni. Dalam banyak-banyak ni aku rasa sebagai orang yang tak reti sangat menjahit, baik aku try yang ni...






Yang ni selimut. Cadar tilam pun boleh. Rag quilt atau orang melayu selalu panggil 'tampung seribu' hehe. Kalau aku buat yang ni boleh juga hubby aku bawa pergi traveling. Kain tahan lasak comfirm tak koyak. Takde la macam tampung seribu yang aku buat dulu (pakai kain biasa je) naik fedup aku nak me-repair nya. Asyik betas je.. 

Harap semua enjoy dengan gambar-gambar yang aku culik kat atas haha. Sekarang ni mesti rasa sayang nak buang jeans yang lama-lama tu kan..! Baiklah, harap kita semua boleh berkongsi banyak idea tentang recycle. Boleh juga mengisi masa lapang. Aku akan cuba buat selimut ni dan kalau dah siap aku update. Comfirm tak cantik kalau aku yang buat. Takpe test power kan. Kalau korang nak test power juga, jom buat shame-shame. Kirimkan gambar supaya kita boleh layan... ♥


BUNGA MATAHARI (Sunflower) part II

Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian, sepertimana yang dijanjikan post kali ni adalah sambungan kepada post diatas. Memandangkan kawasan rumah kita tak ada tanah lapang so terpaksa lah kita tanam dalam pasu. Sedih betul. Beli tanah yang dah siap dicampur dengan tahi ayam tu RM2 1 guni. Aku tak tahu mana tanah yang sesuai, jenis tanah pun tak kenal. Almaklumlah orang baru belajar bertanam. Pastu taukei kat kedai tu kata tanah yang kuning ni bagus , sesuai untuk semua jenis tanaman. So sembat je la hihi...

 Inilah bunga-bunga matahari yang ku tanam dalam pasu ...

Dah habis pasu besar, pakai pasu kecik. Dah habis pasu kecik, pakai baldi ... Hantam sajalah labu...!

Tempat yang aku letak diaorang ni, betul-betul menghala matahari terbit. Dari pembacaan aku 'pempuan' ni suka bermandi-manda dengan cahaya panas. Omputih kot...ekekek. Tapi betul lah seolah-olah she's begging for sunlight

Pandanglah lihatlah .... tiru macam saya ...

Ok, abaikan benda biru kat belakang tu.

Haa..ni lah yang aku frust sangat. Ini pun sama bunga matahari. Aku start tanam sama dengan Sunflower yang aku tanam dalam pasu tadi. Tapi yang aku tak faham dan mati akal, apasal pula diaorang ni tak boleh hidup macam yang kat dalam pasu tadi. Tanah yang aku pakai sama jer. Dari segi penjagaan pun sama macam aku jaga yang kat dalam pasu tu. Aku tak pilih kasih pun. Puas aku merawat diaorang, buang daun mati, baja dan siram, gitu jugak rupanya. Macam hidup segan mati tak mau. Entah-entah bunga ni nyindir aku kot..! huhu.

Hisyh... sakit hati aku nengok diaorang ni...! Dah dua kali aku nak buang, tapi sayang tangan tak sampai. Agaknya bunga ni tak suka duk dalam polibeg kot..! Baiklah aku bagi masa kat diaorang sampai hujung bulan ni. Kalau masih juga macam tu, I'm sorry... Good bye, R.I.P... sayonara.

Baiklah sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian... Kita kongsikan video kat bawah ni buat awak semua. 

 
Video by KAHO

Tatkala menyaksikan video ni, tiba-tiba rasa sedih la pulak. Tak tau kenapa. Pilu kot ... Yang indah itu hanya sementara ...

Alright, apa-apa pun menanam ni best. Nantikan kemunculan part III. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Warna Bahgia. Nampaknya sampai disini saja post kali ini. Selamat Malam dan jumpa lagi. Bye

BUNGA MATAHARI (Sunflower)

Hari ini aku memulakan hobi baru. Hobi baru kita ialah bercucuk tanam. Sebelum ni tak tak pernah pula terlintas nak bertanam ni, minat? langsung x minat hehe. Tapi semenjak 2 menjak ni tetiba pula timbul minat tanam bunga. Agaknya usia dah meningkat dah macam mak2 haha. Bila surfing tenet selalu jer klik2 web bertani ni. Lama2 teringin pula nak try. Try test power samada aku boleh ke tak ni bercucuk tanam heh..

Tanpa berbekalkan apa2 pengetahuan dalam bidang bercucuk tanam, aku just belajar dari Mr. Google. Cara menyemai dan sebagainya. Jadi pastukan aku bermula dengan menanam bunga. Dulu tak suka bunga. Tapi bila pergi ronda2 nampak bunga tepi jalan yang DBKU tanam cantik2 belaka dengan warna warni yang amat mententramkan jiwa. Bila memandangnya hati terasa tenang cehh... Pastu masa aku balik kampung, aku jumpa pokok bunga matahari yang dah kering kat tepi jalan. Banyaknya bunga matahari. Selama ni tak perasan pula. Katsitu tak de rumah orang siapa la punya erk. So aku petik sekuntum bunga yang dah kering. Balik rumah aku trus bukak google dan belajar tentang sunflower.

Ok here we go ... aku semaikan benih tu...Hari ni ku semai, besok dah bercambah... wow! bestnyerr.. Ana boleh..! hihi. Ini lah perasaan bagi orang yang tak pernah menyemai biji benih dan kali pertama menyemai benih menjadi macam aku hihi. Alright, tak tahu lagi macam mana perjalanan hidup bunga matahari aku. Sempatkah Sunflower ku berbunga nanti? Atau mati tak sempat nak tinggi huh.. Jadi pastikan anda terus mengikuti perjalanan hidup beliau.

Jenis sunflower yang aku tanam ni yang macam ni. Jenis satu pokok banyak kuntum. 
Ini bukan sunflower aku. Gambar dari google. Nanti aku update aku punya ok..